01Pengenalan
Terma ini apply untuk kedua-dua pakej coaching BizBuddy — Zoom Coaching (RM350) dan On-Site Coaching (RM1,000).
Bila anda buat pembayaran, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dalam dokumen ini.
02Tempahan & Pembayaran
2.1Semua sesi memerlukan bayaran penuh di hadapan sebelum slot dianggap confirmed. Tiada deposit atau bayaran ansuran.
2.2Pembayaran diproses melalui CHIP (kad kredit, debit, DuitNow, atau online banking).
2.3Slot anda hanya confirmed selepas payment cleared. Sebelum payment masuk, slot tidak akan direserve untuk anda walaupun anda sudah isi form.
2.4Selepas payment cleared, anda akan terima confirmation dan link untuk pilih masa sesi dalam tempoh 24 jam.
03Penjadualan Semula (Reschedule)
3.1Anda dibenarkan reschedule sesi ini sekali sahaja secara percuma.
3.2Notis minimum untuk reschedule ialah 48 jam sebelum masa sesi bermula. Reschedule dalam tempoh kurang 48 jam tidak akan dilayan — sesi akan dianggap hangus.
3.3Reschedule kali kedua atau ke atas tidak dibenarkan. Jika anda tidak hadir pada slot yang telah direschedule, sesi dianggap hangus tanpa refund.
3.4Sesi mesti dihadiri dalam tempoh 60 hari dari tarikh belian. Selepas 60 hari, sesi akan hangus tanpa refund, walaupun anda belum booked slot.
04Pembatalan & Bayaran Balik
Polisi refund adalah berdasarkan bila anda membuat pembatalan sebelum masa sesi yang dijadualkan:
4.1Refund akan diproses dalam tempoh 7–14 hari bekerja melalui channel pembayaran asal.
4.2Jika saya (BizBuddy) yang perlu batalkan sesi (contoh: kecemasan, sakit), anda akan ditawarkan reschedule ke slot lain tanpa sebarang caj tambahan. Tiada refund tunai kecuali reschedule tidak dapat diaturkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh belian asal.
05No-show & Kelewatan
5.1Grace period ialah 30 minit dari waktu mula sesi yang dijadualkan.
5.2Jika anda lewat, masa sesi tidak akan dilanjutkan. Sesi tetap berakhir pada masa asal yang dijadualkan.
5.3Jika anda tidak hadir dalam grace period 30 minit, sesi dianggap hangus. Tiada refund, tiada reschedule.
06Sesi On-Site (Pakej RM1,000)
6.1Lokasi lalai untuk on-site ialah Setia Alam, Selangor. Venue spesifik akan ditetapkan melalui WhatsApp sebelum sesi.
6.2Sesi on-site dalam Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya) tiada caj travel tambahan.
6.3Untuk lokasi di luar Lembah Klang, caj travel dikira per kilometer. Kadar sebenar dan anggaran akan diberikan sebagai quotation melalui WhatsApp sebelum tempahan disahkan.
6.4Jika anda batalkan sesi on-site last minute (kurang 3 hari), caj travel tidak akan dikenakan — hanya polisi refund standard (Seksyen 4) yang apply.
6.5Durasi sesi on-site adalah 3–4 jam, termasuk kopi break.
07Selepas Sesi
7.1Selepas sesi tamat, anda akan menerima follow-up notes bertulis dalam tempoh 3 hari kerja.
7.2Follow-up notes ialah deliverable terakhir. Selepas notes dihantar, engagement dianggap tamat.
7.3Tiada support tambahan disediakan selepas notes — tiada WhatsApp follow-up, tiada email support antara-sesi, tiada review percuma untuk implementasi. Jika anda perlukan bimbingan berterusan, sila book sesi baru.
08Rakaman & Bahan
8.1Sesi Zoom akan direkodkan dan diberi kepada anda dalam bentuk downloadable file.
8.2Link download valid selama 30 hari dari tarikh sesi. Anda bertanggungjawab download dan simpan salinan sendiri dalam tempoh ini. Selepas 30 hari, link akan expire dan tiada replacement disediakan.
8.3Anda dibenarkan share rakaman dengan team dalaman anda (staff, business partner, co-founder). Rakaman tidak boleh diposting secara public, di-upload ke platform terbuka, atau dijual semula.
8.4Sesi on-site secara lalai tidak direkodkan. Jika anda mahu rakaman audio/video, sila request awal sebelum sesi bermula.
09Kerahsiaan & Case Study
9.1Semua maklumat bisnes anda yang dikongsi dalam sesi akan disimpan sulit. Saya tidak akan mendedahkan butiran spesifik bisnes anda kepada pihak ketiga.
9.2Saya reserve the right untuk menggunakan maklumat anda sebagai anonymized case study untuk tujuan content, marketing, atau pengajaran.
9.3Jika anda memerlukan NDA formal (Non-Disclosure Agreement) untuk melindungi maklumat anda sepenuhnya, NDA boleh disediakan dengan caj tambahan. Sila request sebelum tempahan supaya boleh diaturkan.
10Skop & Penafian
10.1Sesi coaching ini bertujuan untuk memberi second opinion, priority ranking, dan strategic direction berdasarkan framework 5-Pillar BizBuddy (Produk, Operation/Team, Finance, Marketing, Sales).
10.2Sesi ini BUKAN:
- Nasihat kewangan berlesen (licensed financial advice)
- Nasihat perundangan (legal advice)
- Nasihat percukaian (tax advice)
Untuk perkara-perkara di atas, sila rujuk profesional bertauliah — akauntan bertauliah, peguam, penasihat kewangan berlesen SC, atau ejen cukai berdaftar LHDN.
10.3Tiada jaminan hasil (no guarantee of results). Kejayaan bisnes bergantung kepada banyak faktor termasuk keadaan pasaran, pelaksanaan, modal kerja, staff, dan keputusan anda sendiri. Saya boleh bantu identify masalah dan cadangkan direction, tetapi outcome bukan dalam kawalan saya.
10.4Tanggungjawab untuk melaksanakan cadangan atau strategi yang dibincangkan dalam sesi adalah sepenuhnya di pihak anda. Saya boleh guide dan clarify, tetapi tidak akan execute atau uruskan operasi bisnes anda.
11Perubahan Polisi
11.1Polisi ini boleh dikemaskini dari masa ke masa. Versi yang apply untuk anda ialah versi yang berkuat kuasa pada tarikh belian anda.
11.2Perubahan polisi tidak akan diaplikasikan secara retrospektif kepada tempahan yang sudah dibuat sebelum tarikh perubahan.
11.3Versi semasa dan sejarah versi boleh dirujuk di halaman ini.
12Hubungi
Untuk sebarang soalan atau clarification berkaitan terma ini, sila hubungi saya:
- WhatsApp: 012-254 1050
- Email: bizbuddyhq@gmail.com
- Website: bizbuddyhq.com