Najmi Nasrudin — Pengasas BizBuddy
Najmi Nasrudin Pengasas BizBuddy
Tentang Saya

Bukan Sekadar Agency. Saya Datang Dari Dunia Marketing.

Saya faham cabaran sebenar pemilik bisnes — bukan dari luar, tetapi dari dalam pengalaman bekerja bersama pelbagai jenis perniagaan.

Nama saya Najmi Nasrudin.

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, saya terlibat dalam dunia pemasaran, content dan pembangunan bisnes bersama pelbagai jenis perniagaan.

Satu perkara yang saya selalu nampak ialah ramai pemilik bisnes tahu mereka perlu buat marketing, tetapi tidak mempunyai masa, team atau sistem untuk melaksanakannya secara konsisten.

Ada yang menggaji staff tetapi masih bergelut dengan content. Ada yang buat content sendiri tetapi tidak mempunyai strategi. Ada yang menjalankan iklan tetapi mesej pemasaran tidak cukup kuat untuk menghasilkan keputusan.

Sebab itu saya membina servis ini.

Bukan sekadar untuk menghasilkan video.

Tetapi untuk membantu bisnes mempunyai sistem marketing yang lebih tersusun melalui gabungan strategi, content dan paid advertising.

Matlamat saya mudah.

Membantu pemilik bisnes mendapatkan fungsi sebuah team marketing tanpa perlu menanggung kos dan kerumitan membina team sendiri.

Anda fokus mengembangkan bisnes.
Kami fokus memastikan marketing bergerak setiap bulan.

Nak Bincang Tentang Bisnes Anda?

Saya akan analisa situasi marketing bisnes anda dan cadangkan strategi yang sesuai — percuma, tanpa komitmen.

Dapatkan Marketing Plan Percuma