Terma Perkhidmatan | BizBuddy

Dasar Kami

Terma Perkhidmatan

Kemaskini terakhir: Jun 2025

Terma Perkhidmatan ini merupakan perjanjian yang mengikat secara undang-undang antara anda ("Klien") dan BIZBUDDY SOLUTION (SSM No: 202503245533 / RA0128042-T), beroperasi sebagai BizBuddy ("Syarikat"). Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma berikut.

1. Penerimaan Terma

Dengan mendaftar, membuat pembayaran atau menggunakan mana-mana perkhidmatan BizBuddy, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma Perkhidmatan ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan perkhidmatan kami.

2. Perkhidmatan Yang Disediakan

BizBuddy menyediakan perkhidmatan pemasaran digital outsourced yang merangkumi:

Skop terperinci bagi setiap pakej adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam halaman pakej semasa pendaftaran. BizBuddy berhak untuk mengemas kini skop perkhidmatan dengan notis 30 hari kepada klien aktif.

3. Tanggungjawab Klien

Untuk memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan lancar, klien bertanggungjawab untuk:

Kelewatan yang disebabkan oleh kegagalan klien menyediakan bahan tidak memberikan hak kepada klien untuk menuntut bayaran balik atau pampasan.

4. Pembayaran dan Pengebilan

5. Harta Intelek

Content dan bahan pemasaran yang dihasilkan oleh BizBuddy untuk projek anda adalah milik anda setelah pembayaran penuh dibuat. Walau bagaimanapun:

6. Kerahsiaan

BizBuddy berkomitmen untuk merahasiakan semua maklumat perniagaan, strategi dan data klien. Kami tidak akan mendedahkan maklumat sulit kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis klien, kecuali diwajibkan oleh undang-undang.

7. Penamatan Perkhidmatan

Oleh Klien: Klien boleh menamatkan perkhidmatan bulanan dengan memberi notis bertulis 30 hari melalui e-mel atau WhatsApp. Tiada bayaran penalti dikenakan.

Oleh BizBuddy: BizBuddy berhak menamatkan perkhidmatan dengan serta-merta jika:

8. Had Liabiliti

BizBuddy tidak membuat jaminan terhadap sebarang hasil perniagaan tertentu. Had liabiliti BizBuddy terhadap klien dalam apa jua keadaan adalah terhad kepada jumlah yuran yang telah dibayar oleh klien dalam tempoh 3 bulan sebelum tuntutan dibuat. BizBuddy tidak bertanggungjawab terhadap kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau kerosakan yang berbangkit.

9. Penyelesaian Pertikaian

Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma Perkhidmatan ini hendaklah diselesaikan terlebih dahulu melalui rundingan secara suci hati antara kedua-dua pihak. Jika rundingan gagal dalam masa 30 hari, pertikaian boleh dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau mahkamah yang berkenaan.

10. Undang-undang yang Terpakai

Terma Perkhidmatan ini ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Bidang kuasa eksklusif untuk apa-apa pertikaian adalah mahkamah di Malaysia.

11. Pindaan Terma

BizBuddy berhak untuk meminda Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Perubahan material akan dimaklumkan kepada klien aktif melalui e-mel atau WhatsApp sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berkuat kuasa. Penggunaan berterusan perkhidmatan selepas tarikh perubahan berkuat kuasa dianggap sebagai penerimaan terma yang telah dipinda.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Terma Perkhidmatan ini, sila hubungi:

BIZBUDDY SOLUTION
No 38, Jalan Balau 3, Taman Meru Jaya, 41050 Klang, Selangor.

E-mel: bizbuddyhq@gmail.com

WhatsApp: +60 12-254 1050